1. Untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil.
Kewujudan perlembagaan dari segi sejarahnya adalah berdasarkan tolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang melayu, bahasa melayu, agama islam dan lain-lain lagi. Dalam hal ini, walaupun Perlembagaan memperuntukkan agama Islam sebagai agama persekutuan / rasmi negara (Bahagian 1, Perkara 3 (1)), tetapi agama lain juga bebas diamalkan di Malaysia. Peruntukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara (Perkara 152) juga ada kelonggarannya apabila bahasa-bahasa lain juga boleh digunakan, manakala dalam perkara hak keistimewaan orang melayu, YDPA tidak sahaja menjaga kepentingan Orang Melayu, tetapi kaum bukan Melayu juga mendapat perlindungan yang sewajarnya. Peruntukan ini adalah untuk melahirkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan tidak menitikberatkan sesuatu kaum sahaja.
2. Untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.
Sebagaimana yang digariskan dalam Perlembagaan, terdapat beberapa peruntukan tertentu yang khas untuk YDPA dan Raja/Yang Dipertua Negeri. Dalam hal ini, walaupun baginda mempunyai bidang kuasa tertentu tetapi segala tindakan mereka adalah tertakhluk kepada Perlembagaan (Bahagian 4, Bab 3, Perkara 40). Jadi ini dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.
3. Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat
Perlembagaan Persekutuan bukan sahaja memperuntukkan kuasa kepada pemerintah, tetapi juga kepada rakyat melalui kebebasan asasi (Bahagian 2, Perkara 5-13) dan hak istimewa orang Melayu. Keadaan ini secara tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa dan dapat mengelakkan daripada dominasi kuasa oleh sesuatu pihak. Dalam hal ini, pemerintah ada had perkara yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan dan rakyat juga ada perkara yang mereka boleh lakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan.
4. Sebagai alat untuk menyelesaikan masalah.
Perlembagaan sesugguhnya telah menjadi undang-undang tertinggi negara dan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang Persekutuan dan negeri. Malahan apa-apa masalah dalam pembuatan undang-undang atau rujukan apa-apa hukuman kepada seseorang warganegara adalah berdasarkan Perlembagaan.
5. Menjamin riwayat negara bangsa.
Perlembagaan sememangnya berperanan penting dalam menentukan hala tuju perjalanan pentadbiran negara.Malahan perlembagaan sendiri adalah asas kepada pembentukan demokrasi di Malaysia. Justeru itu, pembentukan perlembagaan akan mengekalkan identiti negara bangsa Malaysia kerana ia telah mencorakkan sistem pentadbiran dan perjalanan undang-undang negara.
6. Menjamin keamanan dan kestabilan negara.
Perlembagaan yang berfungsi sebagai alat penyelesai masalah, mengawal kedudukan rakyat dan pemerintah, alat penyelesai masalah sesungguhnya telah berjaya membentuk kemanan dan kestabilan negara. Ini memandangkan terdapat sekatan dalam perlembagaan yang mengawal pergerakan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi kebebasan dan keistimewaan tertentu. Tetapi kebebasan dan keistimewaan ini ada hadnya apabila adanya perkara-perkara yang difikirkan perlu untuk menyekat kebebasan mereka (Bahagian 2, Perkara 10).
Nasib baik saya punya miss tak panggil nak jawab soalan tentang topik ini... Tapi hampir terkantoi
ReplyDeleteApasal la kau letak tanda seru ini berterabur buat semak jer.
ReplyDeletehaah
Deletehaah
ReplyDeletehai dmm0202 kptm ipoh
ReplyDelete