Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis iaitu perlembagaan bertulis dan perlembagaan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis merupakan bentuk pelembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu surat. Perlembagaan bertulis ini mengandungi tiga sifat utama iaitu:
- Ia adalah kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda.
- Parlimen mempunyai kuasa undang-undang terhadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan tetapi parlimen adalah dilarang membuat undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi.
- Tugas mahkamah. Dalam hal ini, mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang dan melindungi perlembagaan.
Manakala perlembagaan tidak bertulis pula merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat contohnya Akta Parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah. Dalam hal ini, Perlembagaan Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis di mana Parlimen mendapat kuasa daripada perlembagaan.
No comments:
Post a Comment