Semenjak 1957, perlembagaan Malaysia telah dipinda lebih kurang 22 kali sehingga ke akhir tahun 1982. Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dengan mudah oleh Parlimen seperti yang dijelaskan dalam Perkara 159 dan Perkara 161E yang menjelaskan beberapa perkara yang boleh dipinda iaitu:
- Perkara 159 (4) Sesetengah perkara boleh dipinda dengan suara 2/3 dalam tiap-tiap dewan Parlimen tanpa persetujuan sesiapa dari luar dewan Parlimen.
- Perkara 161 (E) memperuntukkan sesetengah perkara yang memepunai kepentingan bagi Sabah dan Sarawak boleh dipinda denga suara lebih 2/3 dalam tiap-tiap dewan Parlimen, jika ia dipersetujui oleh Yang Dipertua mana-mana negeri.
- Sesetengah perkara hanya boleh dipinda denga suara lebih 2/3 dalam tiap-tiap dewan syarat ia telah mendapat persetujuan Majlis Raja-raja. Perkenan dan persetujuan Majlis Raja-raja diperlukan dalam membuat apa-apa pindaan terhadap perkara yang menyentuh kedaulatan raja-raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan beberapa perkara yang dianggap sensitif dalam Perlembagaan.
Terdapat kritikan yang mengatakan Perlembagaan sebagai sebuah dokumen yang suci tidak patut dipinda jika orang ramai dikehendaki menghormatinya. Sememangnya Perlembagaan tidak harus kerap dipinda tetapi mudah dan ringkas yang hanya mengandungi perkara-perkara penting sahaja. Perlembagaan Malaysia adalah lebih kurang sma denga Perlembagaan India yang panjang dan terperinci. Perlembagaan negara ini merupakan satu perjanjian perkongsian yang mengatur perhubungan antara anggota persekutuan dan negeri. Terdapat perkara-perkara yang membolehkan ia dipinda mengikut lebih suara. Melalui apa yang telah berlaku di negara ini, apabila peruntukan-peruntukan tertentu didapati tidak memuaskan hati atau tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa adakah perlembagaan itu masih dianggap available dan tidak boleh dipinda? Sesungguhnya perlembagaan boleh dipinda apabila keperluan terhadapnya timbul.
No comments:
Post a Comment