Sunday, 24 August 2014

Sejarah Pembentukan Perlembagaan Malaysia


Sejarah pembentukan Perlembagaan di Malaysia telah diperkenalkan sejak abad ke-19 oleh penjajah British semasa mereka menguasai negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang (NNMB). Selepas perang dunia kedua, Jepun keluar daripada Tanah Melayu dan British kembali semua ke Tanah Melayu. Pengenalan Malayan Union pada April 1946 telah mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu. Ini menyebabkan satu perjanjian baru telah dibuat antara raja-raja Melayu dan penjajah British yang dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan 1948. Melalui perjanjian ini, kerajaan pusat akan mengandungi seorang Pesuruhjaya Tinggi British, sebuah Majlis Mesyuarat dan sebuah Majlis Perundangan. Majlis Perundangan akan mengandungi anggota rasmi dan sebilangan anggota tidak rasmi yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Hasil daripada perjanjian ini telah melahirkan satu perlembagaan baru bagi Tanah Melayu yang berkuatkuasa pada 1 Februari 1948. Selepas ini ia dipanggil sebagai Perlembagaan Persekutuan 1948. 
Selepas pilihan raya 1955, Parti Perikatan yang menang majoriti dan secara tidak langsung menjadi kerajaan pemerintah, telah menuntut agar pihak penjajah British mengadakan satu persidangan Perlembagaan di London. Dalam persidangan ini, dicadangkan agar dilantik sebuah suruhanjaya yang bebas untuk menggubal satu perlembagaan untuk Persekutuan Tanah Melayu sebagai langkah pertama ke arah kemerdekaan. Persidangan tersebut telah berjaya menubuhkan sebuah suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dipengurusikan oleh Lord Reid (England), Sir Ivor Jennings (UK), Sir William Makell (Australia), B.Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan). Perlantikan orang luar dalam penggubalan Perlembagaan ini adalah untuk mengelakkan Perlembagaan daripada berat sebelah.
Suruhanjaya Reid telah mengadakan referendum di kalangan semua penduduk Tanah Melayu termasuk orang awam, parti politik, badan awam dan sebagainya. Pada oktober 1956, Suruhanjaya Reid telah berjaya menerima 131 cadangan daripada penduduk Tanah Melayu. Secara keseluruhannya, Suruhanjaya Reid menggunakan cadangan Parti Perikatan sebagai asas pembentukan Perlembagaan Tanah Melayu. Akhirnya draf perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada 31 Ogos 1957 dengan demikian Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Perlembagaan 1957 dikuatkuasakan sehinggalah ke hari ini dan telah dilakukan beberapa pindaan. Contoh pindaan ialah Akta Malaysia yang diluluskan dalam tahun 1963 meminda perkara 1(1) dan (2) untuk memasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura serta menukarkan nama Persekutuan kepada Malaysia.

1 comment: