Malaysia merupakan sebuah persekutuan yang mempunyai perlembagaan bertulis. Malahan menurut Tun Mohammed Suffian, Perlembagaan ini dapat dilihat pada peruntukan berikut:
- Parlimen memperolehi kuasa daripada Perlembagaan yang akan menentukan kuasa perundangan kerajaan Persekutuan di satu pihak dan kepada tiap-tiap buah negeri di satu pihak. Dalam hal ini, Perlembagaan menentukan apakah perkara persekutuan yang kerajaan Persekutuan boleh lakukan dan perkara negeri yang kerajaan Negeri boleh lakukan.
- Perlembagaan juga menentukan apakah perkara bersama yang membolehkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang mengenainya. Contoh undang-undang yang boleh dibuat oleh Parlimen ialah pertahanan, pelajaran , hal ehwal luar negara dan sebagainya. Parlimen hanya tertinggi dalam perkara-perkara Persekutuan dan jika ia campur tangan dalam pembentukan undang-undang di luar perkara Persekutuan juga akan diisytiharkan tidak sah seandainya ia bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia menurut perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan.
- Kedudukan YDPA - baginda sebagai Ketua Negara, lambang taat setia rakyat, lambang negara, kerua Parlimen, ketua pemerintah dan sebagainya. Tetapi baginda adalah tertakluk kepada halangan-halangan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Baginda adalah raja Berperlembagaan iaitu bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri.
- Kuasa perundangan dijalankan oleh berbagai badan perundangan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Kuasa kehakiman juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Kuasa YDPA sebagai ketua ketiga-tiga cabang kepada sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.
- Kebebasan asasi juga merupakan elemen penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Dalam hal ini, kerajaan tidak boleh membuang negara seorang warganegara, tidak boleh menahan seorang warganegara daripada pulang ke tanah airnya dan tidak boleh memaksa seseorang itu menjadi buruh paksa dan tidak boleh memenjarakan mana-mana orang melainkan menurut undang-undang. Jadi terdapat banyak perkara dalam Perlembagaan yang mesti dipatuhi oleh kerajaan.
No comments:
Post a Comment