Kewujudan Perlembagaan sebagai asas undang-undang sesungguhnya mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk perjalanan pemerintahan negara ini. Walaupun ia sebuah perlembagaan yang terlalu panjang dan terperinci, setakat ini ia telah berjaya melicinkan pentadbiran negara, mewujudkan keamanan dan kestabilan negara. Perlembagaan sebenarnya adalah tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia. Ini kerana pembentukan perlembagaan awal-awal lagi adalah atas dasar persetujuan semua kaum. Perlembagaan juga menjadi dasar kepada pembentukan demokrasi berparlimen di Malaysia. Melalui perlembagaan setiap warganegara sama ada pemerintah dan rakyat mendapat hak masing-masing dan pembelaan sewajarnya.
CADANGAN-CADANGAN
1. Kami mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan semula Rancangan Integrasi Murid-murid Untuk Perpaduan (RIMUP) . Kami juga mencadangkan supaya dalam rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan dapat menggubal dan mengumumkan maklumat terperinci berkenaan pelaksanaan RIMUP, serta memperuntukkan wang kepada sekolah-sekolah semua aliran bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang ditetapkan dalam RIMUP.
2. Kami mencadangkan supaya memulihkan penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dan bahasa peperiksaan bagi matapelajaran Sains dan Matematik di semua aliran sekolah rendah. Pada masa yang sama, kerajaan juga harus menambah jumlah masa yang sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris dari segi matlamat pengajaran dan pembelajaran, kurikulum, bahan pengajaran, kaedah mengajar, perguruan, kemudahan pendidikan dan mengambil langkah-langkah lain yang menepati prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran bahasa.
3. Kami mencadangkan supaya kerajaan menggubal dan mengumumkan suatu sistem dan rancangan-rancangan yang sempurna bagi latihan perguruan, penempatan guru, pengambilan semula guru bersara wajib secara kontrak dan sebagainya. Ini bertujuan untuk memastikan SJKC mempunyai guru terlatih yang mencukupi supaya dapat menyelesaikan masalah kekurangan guru yang dihadapinya.
No comments:
Post a Comment