Sunday, 24 August 2014

Pengenalan

Sebelum kedatangan kuasa asing ke tanah melayu, beberapa negeri di tanah melayu telahpun mempunyai sistem pemerintahan masing-masing yang tersendiri. Hal ini dapat dilihat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang mengamalkan Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Sementara itu, negeri-negeri yang lain mengamalkan adat tradisional, iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Adat Perpatih biasanya diamalkan di Negeri Sembilan dan Melaka. Masyarakat Melayu tradisional mementingkan adat dalam kehidupan mereka. Situasi ini menggambarkan telah wujudnya suatu sistem yang mengawal dan mengatur tata cara hidup masyarakat pada masa itu. Perlembagaan moden hanya diperkenalkan setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan dikemaskinikan seteah terbentuknya Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. 

Dengan kata yang paling mudah Perlembagaan adalah kumpulan kaedah (cara) dan panduan untuk mengatur pentadbiran sesebuah Negara. Panduan itu mengandungi di antara lain, asasi-asasi untuk membuat undang-undang supaya kerajaan yang memerintah boleh mengatur Negara dengan lancar dan saksama. Ada beberapa perkara besar yang digariskan dalam sebuah Perlembagaan seperti kebebasan asasi, hak dan tanggungjawab pelbagai pihak berkuasa (kerajaan) dan juga rakyat. Perkara-perkara penting yang lain adalah seperti kewarganegaraan, kehakiman, kewangan, Pilihan Raya dan agihan kuasa di antara pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti di antara peringkat pusat dan peringkat negeri. Tegasnya Perlembagaan mengandungi satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dan/atau memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain, dan juga di antara autoriti dengan rakyat awam.

Banyak Negara mempunyai Perlembagaan bertulis, Perlembagaan bertulis dalam praktisnya disokong oleh pelbagai dokumen tambahan dan sumber lain yang menguatkan perjalanan perlembagaan itu. Perlembagaan yang berfungsi adalah Perlembagaan yang hidup dan dinamis, dalam erti kata ia tidak beku setelah digubal pada kali pertamanya. Sebaliknya, ia (mana-mana bahagian yang berkenaan) diubah suai dan dikemas kini mengikut keadaan dan tuntutan semasa. Negara kita Malaysia merupakan satu contoh Negara yang sensitif kepada keperluan semasa. Apabila situasi berubah dan menyebabkan sesuatu perkara dalam Perlembagaan Malaysia sudah tidak sesuai, maka pindaan sewajarnya dilakukan. Sikap dan tindakan begini membolehkan Perlembagaan Malaysia sentiasa praktik dan sentiasa sesuai untuk memandu pemerintahan Negara dan sekaligus memandu tingkah laku rakyat sepanjang masa.

Konsep Perlembagaan


Perlembagaan merupakan sumber undag-undang tertinggi sesebuah negara. Kewujudannya adalah untuk menyelaraskan pemerintahab sesebuah negara. selain daripada itu, perlembagaan juga berperanan sebagai garis panduan pembentukan undng-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat. Perlembagaan juga bermatlamat untuk memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan Persekutuan mengandungi 131 Perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi, YDPA, keistimewaan raja-raja Melayu dan hak orang Melayu, soal Bahasa Melayu, agama, kehakiman, kewarganegaraan, kehakiman dan sebagainya.

Perlembagaan bolehlah dikatakan sebagai satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang dan peraturan asas negara. Perlembagaan perlu pada setiap negara kerana perlembagaan menentukan arah tuju politik sesebuah negara.

Perlembagaan Persekutuan


Perlembagaan Perseskutuan Malaysia mengandungi 183 Perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi, kuasa dan kedudukan YDPA, keistimewaan raja-raja Melayu dan hak orang Melayu, soal bahasa Melayu, agama, kewarganegaraan, kehakiman dan sebagainya. Perlembagaan boleh dikatakan sebagai sebuah dokumen yang mengandungi segala undang-undang dan peraturan asas negara.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai ciri-ciri yang khas dan ia telah menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang negara yang menjamin keamanan dan  kesejahteraan rakyatnya.
Ciri-cirinya:
  1. Melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan
  2. Mempunyai raja berperlembagaan
  3. Mengamalkan sistem demokrasi berparlimen
  4. Agama Islam sebagai agama rasmi, tetapi agama lain bebas diamalkan
  5. Memperuntukkan pengasingan kuasa dalam pentadbiran kerajaan
Perlembagaan Persekutuan mempunyai bidang pengkhususan tertentu.

Perlembagaan Negeri


Perlembagaan Malaysia yang terbentuk sebenarnya adalah hasil dari perkongsian antara negeri-negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia. Negera-negara yang bergabung di dalam Persekutuan Malaysia sememangnya diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Perlembagaan Negeri. Dalam hal ini, Perkara 71 (1), Perlembagaan Persekutuan, memperuntukkan kerajaan Persekutuan adalah menjamin hak Raja sesuatu negeri untuk mewarisi dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak Perlembagaan dan keistimewaan negeri itu mengikut perlembagaan negeri tersebut. Tetapi apa-apa pertikaian tentang hak untuk mewarisi seorang Raja mana-mana negeri hendaklah diputuskan hanya oleh mana-mana pihak berkuasa dan hanya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.
      Perkara 71 (3), jika Parlimen mendapati apa-apa peruntukan dalam Perlembagaan sesuatu negeri tidak dipatuhi, walau apa pun yang terkandung peruntukan supaya peruntukan itu dipatuhi.
      Peruntukan untuk kuasa negeri-negeri diistilahkan sebagai perkara perlu. Peruntukan ini terkandung ini terkandung di dalam Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memperuntukkan bahawa tiap-tiap Perlembagaan Negeri mesti mempunyai peruntukan tetap tersebut.

Pindaan Perlembagaan Negeri

Peruntukan-peruntukan Perlembagaan Negeri boleh dipinda oleh undang-undang negeri, tetapi tidak boleh dipinda dengan cara lain. Antara peruntukan Perlembagaan Negeri yang tidak boleh dipinda ialah warisan takhta kerajaan dan kedudukan para pembesar Melayu tidak boleh dipinda oleh Badan Perundangan Negeri.

Sesuatu rang undang-undang bagi membuat apa-apa pindaan kepada Perlembagaan Negeri lain:
  1. Apa-apa pindaan yang berbangkit daripada sesuatu undang-undang yang memperuntukkan bilanga ahli yang dilantik bagi badan perundangan negeri.
  2. Apa-apa pindaan yang akan menyelaraskan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan Malaysia ( jika ia dibuat selepas Dewan Undangan Negeri dipilih mengikut Sesyen 4).
Sesetengah Perlembagaan Negeri memerlukan persetujuan daripada kumpulan orang tertentu terhadap pindaan mengenai:
  1. Pelantikan dan sifat-sifat waris takhta, permaisuri raja atau pemangku raja atau ahli-ahli jemaah Pemangku Raja Negeri,
  2. Pemecatan,penarikan diri, penurunan takhta raja atau waris-warisnya.
  3. Pelantikan dan sifat-sifat para pembesar memerintah atau para pembesar adat Melayu dan ahli-ahli Majlis Penasihat mengenai agama atau adat dan badan seumpamanya.
  4. Parlimen boleh meminda sesuatu Perlembagaan Negeri untuk sementara waktu atas alasan keamanan negara seerti keadaan darurat.
Parlimen boleh meminda sesuatu Perlembagaan Negeri untuk sementara waktu atas alasan keamanan negara seperti keadaan darurat.

Pindaan Perlembagaan


Semenjak 1957, perlembagaan Malaysia telah dipinda lebih kurang 22 kali sehingga ke akhir tahun 1982. Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dengan mudah oleh Parlimen seperti yang dijelaskan dalam Perkara 159 dan Perkara 161E yang menjelaskan beberapa perkara yang boleh dipinda iaitu:
  1. Perkara 159 (4) Sesetengah perkara boleh dipinda dengan suara 2/3 dalam tiap-tiap dewan Parlimen tanpa persetujuan sesiapa dari luar dewan Parlimen.
  2. Perkara 161 (E) memperuntukkan sesetengah perkara yang memepunai kepentingan bagi Sabah dan Sarawak boleh dipinda denga suara lebih 2/3 dalam tiap-tiap dewan Parlimen, jika ia dipersetujui oleh Yang Dipertua mana-mana negeri.
  3. Sesetengah perkara hanya boleh dipinda denga suara lebih 2/3 dalam tiap-tiap dewan syarat ia telah mendapat persetujuan Majlis Raja-raja. Perkenan dan persetujuan Majlis Raja-raja diperlukan dalam membuat apa-apa pindaan terhadap perkara yang menyentuh kedaulatan raja-raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan beberapa perkara yang dianggap sensitif dalam Perlembagaan.
        Terdapat kritikan yang mengatakan Perlembagaan sebagai sebuah dokumen yang suci tidak patut dipinda jika orang ramai dikehendaki menghormatinya. Sememangnya Perlembagaan tidak harus kerap dipinda tetapi mudah dan ringkas yang hanya mengandungi perkara-perkara penting sahaja. Perlembagaan Malaysia adalah lebih kurang sma denga Perlembagaan India yang panjang dan terperinci. Perlembagaan negara ini merupakan satu perjanjian perkongsian yang mengatur perhubungan antara anggota persekutuan dan negeri. Terdapat perkara-perkara yang membolehkan ia dipinda mengikut lebih suara. Melalui apa yang telah berlaku di negara ini, apabila peruntukan-peruntukan tertentu didapati tidak memuaskan hati atau tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa adakah perlembagaan itu masih dianggap available dan tidak boleh dipinda? Sesungguhnya perlembagaan boleh dipinda apabila keperluan terhadapnya timbul.

Ketertinggian Perlembagaan


Malaysia merupakan sebuah persekutuan yang mempunyai perlembagaan bertulis. Malahan menurut Tun Mohammed Suffian, Perlembagaan ini dapat dilihat pada peruntukan berikut:
  1. Parlimen memperolehi kuasa daripada Perlembagaan yang akan menentukan kuasa perundangan kerajaan Persekutuan di satu pihak dan kepada tiap-tiap buah negeri di satu pihak. Dalam hal ini, Perlembagaan menentukan apakah perkara persekutuan yang kerajaan Persekutuan boleh lakukan dan perkara negeri yang kerajaan Negeri boleh lakukan.
  2. Perlembagaan juga menentukan apakah perkara bersama yang membolehkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang mengenainya. Contoh undang-undang yang boleh dibuat oleh Parlimen ialah pertahanan, pelajaran , hal ehwal luar negara dan sebagainya. Parlimen hanya tertinggi dalam perkara-perkara Persekutuan dan jika ia campur tangan dalam pembentukan undang-undang di luar perkara Persekutuan juga akan diisytiharkan tidak sah seandainya ia bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia menurut perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan.
  3. Kedudukan YDPA - baginda sebagai Ketua Negara, lambang taat setia rakyat, lambang negara, kerua Parlimen, ketua pemerintah dan sebagainya. Tetapi baginda adalah tertakluk kepada halangan-halangan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Baginda adalah raja Berperlembagaan iaitu bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri.
  4. Kuasa perundangan dijalankan oleh berbagai badan perundangan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Kuasa kehakiman juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Kuasa YDPA sebagai ketua ketiga-tiga cabang kepada sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.
  5. Kebebasan asasi juga merupakan elemen penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Dalam hal ini, kerajaan tidak boleh membuang negara seorang warganegara, tidak boleh menahan seorang warganegara daripada pulang ke tanah airnya dan tidak boleh memaksa seseorang itu menjadi buruh paksa dan tidak boleh memenjarakan mana-mana orang melainkan menurut undang-undang. Jadi terdapat banyak perkara dalam Perlembagaan yang mesti dipatuhi oleh kerajaan.


Kandungan Ringkas Perlembagaan Persekutuan


  •  Senarai persekutuan - meliputi perkara mengenai hal ehwal luar negeri, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang jenayah dan sivil, kewarganegaraan dan lain-lain.
  •  Senarai Bersama - meliputi perkara-perkara yang membolehkan badan perundangan negeri membuat undang-undang tetapi jika bertentangan dengan undang-undang Persekutuan, undang-undang Persekutuan hendaklah dipakai. Contoh perkara ialah mengenai perlindungan bagi binatang liar, biasiswa perlindungan kanak-kanak, perancangan bandar dan kampung, kesihatan awam dan lain-lain.
  •  Senarai Negeri - meliputi perkara-perkara yang diserahkan kepada negeri seperti hukum syarak, undang-undang diri dan keluarga orang Islam, hari kelepasan negeri, jentera kerajaan negeri dan lain-lain.

Perlembagaan Persekutuan Dan Perlembagaan Negeri

Perlembagaan Persekutuan mempunyai ciri-ciri yang khas dan ia telah menjadikan Perlembagaan sebagai undang-undang negara yang menjadikan Perlembagaan sebagai undang-undang negara yang menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyatnya. Oleh itu, perkara penting yang mencirikan perlembagaan ialah ia melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan mempunyai Raja berperlembagaan , mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, menjadikan agama islam sebagai agama rasmi, tetapi agama lain bebas diamalkan. Ini menunjukkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sikap tolak ansur dan menjaga kepentingan semua kaum dan bangsa. Manakala Perlembagaan pula menjadi sumber undang-undang tertinggi negara ini. Selain daripada itu, perlembagaan juga memperuntukkan pengasingan kuasa dalam pentadbiran kerajaan. Ini juga melambangkan sikap toleransi pemerintah dan menjamin amalan demokrasi tetap wujud.


CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
  • Malaysia sebuah persekutuan
  • Raja Berperlembagaan
  • Demokrasi Berparlimen
  • Agama Islam agama rasmi
  • Ketinggian Perlembagaan
  • Kebebasan undang-undang 
  • Pengasingan Kuasa

Tujuan Perlembagaan


1. Untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil.
Kewujudan perlembagaan dari segi sejarahnya adalah berdasarkan tolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang melayu, bahasa melayu, agama islam dan lain-lain lagi. Dalam hal ini, walaupun Perlembagaan memperuntukkan agama Islam sebagai agama persekutuan / rasmi negara (Bahagian 1, Perkara 3 (1)), tetapi agama lain juga bebas diamalkan di Malaysia. Peruntukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara (Perkara 152) juga ada kelonggarannya apabila bahasa-bahasa lain juga boleh digunakan, manakala dalam perkara hak keistimewaan orang melayu, YDPA tidak sahaja menjaga kepentingan Orang Melayu, tetapi kaum bukan Melayu juga mendapat perlindungan yang sewajarnya. Peruntukan ini adalah untuk melahirkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan tidak menitikberatkan sesuatu kaum sahaja.  

2. Untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.
Sebagaimana yang digariskan dalam Perlembagaan, terdapat beberapa peruntukan tertentu yang khas untuk YDPA dan Raja/Yang Dipertua Negeri. Dalam hal ini, walaupun baginda mempunyai bidang kuasa tertentu tetapi segala tindakan mereka adalah tertakhluk kepada Perlembagaan (Bahagian 4, Bab 3, Perkara 40). Jadi ini dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.

3. Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat
Perlembagaan Persekutuan bukan sahaja memperuntukkan kuasa kepada pemerintah, tetapi juga kepada rakyat melalui kebebasan asasi (Bahagian 2, Perkara 5-13) dan hak istimewa orang Melayu. Keadaan ini secara tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa dan dapat mengelakkan daripada dominasi kuasa oleh sesuatu pihak. Dalam hal ini, pemerintah ada had perkara yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan dan rakyat juga ada perkara yang mereka boleh lakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. 

4. Sebagai alat untuk menyelesaikan masalah.
Perlembagaan sesugguhnya telah menjadi undang-undang tertinggi negara dan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang Persekutuan dan negeri. Malahan apa-apa masalah dalam pembuatan undang-undang atau rujukan apa-apa hukuman kepada seseorang warganegara adalah berdasarkan Perlembagaan. 

5. Menjamin riwayat negara bangsa.
Perlembagaan sememangnya berperanan penting dalam menentukan hala tuju perjalanan pentadbiran negara.Malahan perlembagaan sendiri adalah asas kepada pembentukan demokrasi di Malaysia. Justeru itu, pembentukan perlembagaan akan mengekalkan identiti negara bangsa Malaysia kerana ia telah mencorakkan sistem pentadbiran dan perjalanan undang-undang negara.

6. Menjamin keamanan dan kestabilan negara.

Perlembagaan yang berfungsi sebagai alat penyelesai masalah, mengawal kedudukan rakyat dan pemerintah, alat penyelesai masalah sesungguhnya telah berjaya membentuk kemanan dan kestabilan negara. Ini memandangkan terdapat sekatan dalam perlembagaan yang mengawal pergerakan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi kebebasan dan keistimewaan tertentu. Tetapi kebebasan dan keistimewaan ini ada hadnya apabila adanya perkara-perkara yang difikirkan perlu untuk menyekat kebebasan mereka (Bahagian 2, Perkara 10).

Bentuk - Bentuk Perlembagaan


Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis iaitu perlembagaan bertulis dan perlembagaan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis merupakan bentuk pelembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu surat. Perlembagaan bertulis ini mengandungi tiga sifat utama iaitu:

  • Ia adalah kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda.
  • Parlimen mempunyai kuasa undang-undang terhadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan tetapi parlimen adalah dilarang membuat undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi.
  • Tugas mahkamah. Dalam hal ini, mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang dan melindungi perlembagaan.

Manakala perlembagaan tidak bertulis pula merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat contohnya Akta Parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah. Dalam hal ini, Perlembagaan Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis di mana Parlimen mendapat kuasa daripada perlembagaan.

Sejarah Pembentukan Perlembagaan Malaysia


Sejarah pembentukan Perlembagaan di Malaysia telah diperkenalkan sejak abad ke-19 oleh penjajah British semasa mereka menguasai negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang (NNMB). Selepas perang dunia kedua, Jepun keluar daripada Tanah Melayu dan British kembali semua ke Tanah Melayu. Pengenalan Malayan Union pada April 1946 telah mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu. Ini menyebabkan satu perjanjian baru telah dibuat antara raja-raja Melayu dan penjajah British yang dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan 1948. Melalui perjanjian ini, kerajaan pusat akan mengandungi seorang Pesuruhjaya Tinggi British, sebuah Majlis Mesyuarat dan sebuah Majlis Perundangan. Majlis Perundangan akan mengandungi anggota rasmi dan sebilangan anggota tidak rasmi yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Hasil daripada perjanjian ini telah melahirkan satu perlembagaan baru bagi Tanah Melayu yang berkuatkuasa pada 1 Februari 1948. Selepas ini ia dipanggil sebagai Perlembagaan Persekutuan 1948. 
Selepas pilihan raya 1955, Parti Perikatan yang menang majoriti dan secara tidak langsung menjadi kerajaan pemerintah, telah menuntut agar pihak penjajah British mengadakan satu persidangan Perlembagaan di London. Dalam persidangan ini, dicadangkan agar dilantik sebuah suruhanjaya yang bebas untuk menggubal satu perlembagaan untuk Persekutuan Tanah Melayu sebagai langkah pertama ke arah kemerdekaan. Persidangan tersebut telah berjaya menubuhkan sebuah suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dipengurusikan oleh Lord Reid (England), Sir Ivor Jennings (UK), Sir William Makell (Australia), B.Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan). Perlantikan orang luar dalam penggubalan Perlembagaan ini adalah untuk mengelakkan Perlembagaan daripada berat sebelah.
Suruhanjaya Reid telah mengadakan referendum di kalangan semua penduduk Tanah Melayu termasuk orang awam, parti politik, badan awam dan sebagainya. Pada oktober 1956, Suruhanjaya Reid telah berjaya menerima 131 cadangan daripada penduduk Tanah Melayu. Secara keseluruhannya, Suruhanjaya Reid menggunakan cadangan Parti Perikatan sebagai asas pembentukan Perlembagaan Tanah Melayu. Akhirnya draf perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada 31 Ogos 1957 dengan demikian Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Perlembagaan 1957 dikuatkuasakan sehinggalah ke hari ini dan telah dilakukan beberapa pindaan. Contoh pindaan ialah Akta Malaysia yang diluluskan dalam tahun 1963 meminda perkara 1(1) dan (2) untuk memasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura serta menukarkan nama Persekutuan kepada Malaysia.

Rumusan Dan Cadangan

RUMUSAN

Kewujudan Perlembagaan sebagai asas undang-undang sesungguhnya mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk perjalanan pemerintahan negara ini. Walaupun ia sebuah perlembagaan yang terlalu panjang dan terperinci, setakat ini ia telah berjaya melicinkan pentadbiran negara, mewujudkan keamanan dan kestabilan negara. Perlembagaan sebenarnya adalah tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia. Ini kerana pembentukan perlembagaan awal-awal lagi adalah atas dasar persetujuan semua kaum. Perlembagaan juga menjadi dasar kepada pembentukan demokrasi berparlimen di Malaysia. Melalui perlembagaan setiap warganegara sama ada pemerintah dan rakyat mendapat hak masing-masing dan pembelaan sewajarnya.

CADANGAN-CADANGAN

1. Kami mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan semula Rancangan Integrasi Murid-murid Untuk Perpaduan (RIMUP) . Kami juga mencadangkan supaya dalam rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan dapat menggubal dan mengumumkan maklumat terperinci berkenaan pelaksanaan RIMUP, serta memperuntukkan wang kepada sekolah-sekolah semua aliran bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang ditetapkan dalam RIMUP.

2. Kami mencadangkan supaya memulihkan penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dan bahasa peperiksaan bagi matapelajaran Sains dan Matematik di semua aliran sekolah rendah. Pada masa yang sama, kerajaan juga harus menambah jumlah masa yang sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris dari segi matlamat pengajaran dan pembelajaran, kurikulum, bahan pengajaran, kaedah mengajar, perguruan, kemudahan pendidikan dan mengambil langkah-langkah lain yang menepati prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran bahasa.

3. Kami mencadangkan supaya kerajaan menggubal dan mengumumkan suatu sistem dan rancangan-rancangan yang sempurna bagi latihan perguruan, penempatan guru, pengambilan semula guru bersara wajib secara kontrak dan sebagainya. Ini  bertujuan untuk memastikan SJKC mempunyai guru terlatih yang mencukupi supaya dapat menyelesaikan masalah kekurangan guru yang dihadapinya.