PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Sunday, 24 August 2014
Pengenalan
Konsep Perlembagaan
Perlembagaan bolehlah dikatakan sebagai satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang dan peraturan asas negara. Perlembagaan perlu pada setiap negara kerana perlembagaan menentukan arah tuju politik sesebuah negara.
Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Perseskutuan Malaysia mengandungi 183 Perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi, kuasa dan kedudukan YDPA, keistimewaan raja-raja Melayu dan hak orang Melayu, soal bahasa Melayu, agama, kewarganegaraan, kehakiman dan sebagainya. Perlembagaan boleh dikatakan sebagai sebuah dokumen yang mengandungi segala undang-undang dan peraturan asas negara.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai ciri-ciri yang khas dan ia telah menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang negara yang menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyatnya.
Ciri-cirinya:
- Melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan
- Mempunyai raja berperlembagaan
- Mengamalkan sistem demokrasi berparlimen
- Agama Islam sebagai agama rasmi, tetapi agama lain bebas diamalkan
- Memperuntukkan pengasingan kuasa dalam pentadbiran kerajaan
Perlembagaan Persekutuan mempunyai bidang pengkhususan tertentu.
Perlembagaan Negeri
Perlembagaan Malaysia yang terbentuk sebenarnya adalah hasil dari perkongsian antara negeri-negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia. Negera-negara yang bergabung di dalam Persekutuan Malaysia sememangnya diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Perlembagaan Negeri. Dalam hal ini, Perkara 71 (1), Perlembagaan Persekutuan, memperuntukkan kerajaan Persekutuan adalah menjamin hak Raja sesuatu negeri untuk mewarisi dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak Perlembagaan dan keistimewaan negeri itu mengikut perlembagaan negeri tersebut. Tetapi apa-apa pertikaian tentang hak untuk mewarisi seorang Raja mana-mana negeri hendaklah diputuskan hanya oleh mana-mana pihak berkuasa dan hanya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.
Perkara 71 (3), jika Parlimen mendapati apa-apa peruntukan dalam Perlembagaan sesuatu negeri tidak dipatuhi, walau apa pun yang terkandung peruntukan supaya peruntukan itu dipatuhi.
Peruntukan untuk kuasa negeri-negeri diistilahkan sebagai perkara perlu. Peruntukan ini terkandung ini terkandung di dalam Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memperuntukkan bahawa tiap-tiap Perlembagaan Negeri mesti mempunyai peruntukan tetap tersebut.
Pindaan Perlembagaan Negeri
Peruntukan-peruntukan Perlembagaan Negeri boleh dipinda oleh undang-undang negeri, tetapi tidak boleh dipinda dengan cara lain. Antara peruntukan Perlembagaan Negeri yang tidak boleh dipinda ialah warisan takhta kerajaan dan kedudukan para pembesar Melayu tidak boleh dipinda oleh Badan Perundangan Negeri.
Sesuatu rang undang-undang bagi membuat apa-apa pindaan kepada Perlembagaan Negeri lain:
- Apa-apa pindaan yang berbangkit daripada sesuatu undang-undang yang memperuntukkan bilanga ahli yang dilantik bagi badan perundangan negeri.
- Apa-apa pindaan yang akan menyelaraskan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan Malaysia ( jika ia dibuat selepas Dewan Undangan Negeri dipilih mengikut Sesyen 4).
Sesetengah Perlembagaan Negeri memerlukan persetujuan daripada kumpulan orang tertentu terhadap pindaan mengenai:
- Pelantikan dan sifat-sifat waris takhta, permaisuri raja atau pemangku raja atau ahli-ahli jemaah Pemangku Raja Negeri,
- Pemecatan,penarikan diri, penurunan takhta raja atau waris-warisnya.
- Pelantikan dan sifat-sifat para pembesar memerintah atau para pembesar adat Melayu dan ahli-ahli Majlis Penasihat mengenai agama atau adat dan badan seumpamanya.
- Parlimen boleh meminda sesuatu Perlembagaan Negeri untuk sementara waktu atas alasan keamanan negara seerti keadaan darurat.
Parlimen boleh meminda sesuatu Perlembagaan Negeri untuk sementara waktu atas alasan keamanan negara seperti keadaan darurat.
Pindaan Perlembagaan
Semenjak 1957, perlembagaan Malaysia telah dipinda lebih kurang 22 kali sehingga ke akhir tahun 1982. Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dengan mudah oleh Parlimen seperti yang dijelaskan dalam Perkara 159 dan Perkara 161E yang menjelaskan beberapa perkara yang boleh dipinda iaitu:
- Perkara 159 (4) Sesetengah perkara boleh dipinda dengan suara 2/3 dalam tiap-tiap dewan Parlimen tanpa persetujuan sesiapa dari luar dewan Parlimen.
- Perkara 161 (E) memperuntukkan sesetengah perkara yang memepunai kepentingan bagi Sabah dan Sarawak boleh dipinda denga suara lebih 2/3 dalam tiap-tiap dewan Parlimen, jika ia dipersetujui oleh Yang Dipertua mana-mana negeri.
- Sesetengah perkara hanya boleh dipinda denga suara lebih 2/3 dalam tiap-tiap dewan syarat ia telah mendapat persetujuan Majlis Raja-raja. Perkenan dan persetujuan Majlis Raja-raja diperlukan dalam membuat apa-apa pindaan terhadap perkara yang menyentuh kedaulatan raja-raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan beberapa perkara yang dianggap sensitif dalam Perlembagaan.
Terdapat kritikan yang mengatakan Perlembagaan sebagai sebuah dokumen yang suci tidak patut dipinda jika orang ramai dikehendaki menghormatinya. Sememangnya Perlembagaan tidak harus kerap dipinda tetapi mudah dan ringkas yang hanya mengandungi perkara-perkara penting sahaja. Perlembagaan Malaysia adalah lebih kurang sma denga Perlembagaan India yang panjang dan terperinci. Perlembagaan negara ini merupakan satu perjanjian perkongsian yang mengatur perhubungan antara anggota persekutuan dan negeri. Terdapat perkara-perkara yang membolehkan ia dipinda mengikut lebih suara. Melalui apa yang telah berlaku di negara ini, apabila peruntukan-peruntukan tertentu didapati tidak memuaskan hati atau tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa adakah perlembagaan itu masih dianggap available dan tidak boleh dipinda? Sesungguhnya perlembagaan boleh dipinda apabila keperluan terhadapnya timbul.
Ketertinggian Perlembagaan
Malaysia merupakan sebuah persekutuan yang mempunyai perlembagaan bertulis. Malahan menurut Tun Mohammed Suffian, Perlembagaan ini dapat dilihat pada peruntukan berikut:
- Parlimen memperolehi kuasa daripada Perlembagaan yang akan menentukan kuasa perundangan kerajaan Persekutuan di satu pihak dan kepada tiap-tiap buah negeri di satu pihak. Dalam hal ini, Perlembagaan menentukan apakah perkara persekutuan yang kerajaan Persekutuan boleh lakukan dan perkara negeri yang kerajaan Negeri boleh lakukan.
- Perlembagaan juga menentukan apakah perkara bersama yang membolehkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang mengenainya. Contoh undang-undang yang boleh dibuat oleh Parlimen ialah pertahanan, pelajaran , hal ehwal luar negara dan sebagainya. Parlimen hanya tertinggi dalam perkara-perkara Persekutuan dan jika ia campur tangan dalam pembentukan undang-undang di luar perkara Persekutuan juga akan diisytiharkan tidak sah seandainya ia bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia menurut perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan.
- Kedudukan YDPA - baginda sebagai Ketua Negara, lambang taat setia rakyat, lambang negara, kerua Parlimen, ketua pemerintah dan sebagainya. Tetapi baginda adalah tertakluk kepada halangan-halangan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Baginda adalah raja Berperlembagaan iaitu bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri.
- Kuasa perundangan dijalankan oleh berbagai badan perundangan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Kuasa kehakiman juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Kuasa YDPA sebagai ketua ketiga-tiga cabang kepada sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.
- Kebebasan asasi juga merupakan elemen penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Dalam hal ini, kerajaan tidak boleh membuang negara seorang warganegara, tidak boleh menahan seorang warganegara daripada pulang ke tanah airnya dan tidak boleh memaksa seseorang itu menjadi buruh paksa dan tidak boleh memenjarakan mana-mana orang melainkan menurut undang-undang. Jadi terdapat banyak perkara dalam Perlembagaan yang mesti dipatuhi oleh kerajaan.
Kandungan Ringkas Perlembagaan Persekutuan
- Senarai persekutuan - meliputi perkara mengenai hal ehwal luar negeri, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang jenayah dan sivil, kewarganegaraan dan lain-lain.
- Senarai Bersama - meliputi perkara-perkara yang membolehkan badan perundangan negeri membuat undang-undang tetapi jika bertentangan dengan undang-undang Persekutuan, undang-undang Persekutuan hendaklah dipakai. Contoh perkara ialah mengenai perlindungan bagi binatang liar, biasiswa perlindungan kanak-kanak, perancangan bandar dan kampung, kesihatan awam dan lain-lain.
- Senarai Negeri - meliputi perkara-perkara yang diserahkan kepada negeri seperti hukum syarak, undang-undang diri dan keluarga orang Islam, hari kelepasan negeri, jentera kerajaan negeri dan lain-lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)